NADI X Keusahawanan (NADIPRENEUR EMPOWERHER)

18 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2026, bermula pukul 10.00 pagi, NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan (NADIPRENEUR EMPOWERHER).
Program kali ini memaparkan video Pra Latihan “ Cerita Pak Abu” di bawah inisiatif NADI Keusahawanan yang bertujuan untuk memperkenalkan asas perancangan perniagaan melalui pendekatan penceritaan yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat. Ia memberi inspirasi kepada peserta untuk memahami cabaran dan strategi sebenar dalam membina perniagaan kecil yang mampan dan berdaya saing.

Melalui kisah Pak Abu, peserta didedahkan kepada perjalanan seorang usahawan tempatan yang gigih membangunkan perniagaan dari bawah. Video ini menyorot elemen penting seperti pengurusan stok, hubungan pelanggan dan penyesuaian strategi mengikut situasi sebenar, sekaligus menjadi pemangkin kepada sesi latihan yang lebih mendalam dan praktikal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali